Wednesday, August 28, 2013

Petanda atau apa?

Nak bukak cita pasal tadi.

Hari ni aku balik keje dalam pukul8 kelua opis. Macam biasa rutin, aku akan melintas depan opis untuk ke seberang. Aku tunggu dekat bus stop yang selalu aku berdiri untuk dapatkan bus. 

Selang berapa minit ada sorang hamba allah ni datang tepi aku.

Lelaki - "dik, nak pinjam rm6. Tayar moto saya pancit dekat tepi jalan sana. Adik bagi no fon nanti abang pulangkan balik duit tu. tolong dik"

Aku - "err maaf bang, takda lah rm6. Abang cuba pinjam duit dekat lelaki sana tu".

Lelaki - "tolong dik, hem takpelah."

Dan dia terus berlalu pergi. Hati aku masa tu tuhan je lah yang tahu. Aku takut gila sebenarnya. Mana lah tahu dia nak ragut aku ke kasar dengan aku ke. Hati nak bagi pinjam tapi aku takut.

Lepas dia gerak aku tak pandang dia lun. Tapi dia macam hilang macam tu je. Aku tak tau lah dia tu siapa. Orangnya tinggi pakai baju kemeja, dia keluarkan baju nya. Dah tak berapa kemas dah. Hem

Aku rungsing sampai sekarang, dia tu siapa? Ya memang aku tak kenal. Hati bercampur baur. Mana taknya, dalam ramai ramai orang dekat situ, aku yang dipilihnya untuk bertanya. Hemmm.

"Ya allah, aku bukan kedekut dengan rezeki ku. Cuma aku sangsi dan takut kepadanya. Jika dia mahu mengapa apakan aku, tidak menuduh atau menunding jari. Cuma takut itu kelihatan. Berikan lah petanda yang baik jika ianya hanya untuk menguji aku. "

Sangsi, bingung dan tertanya tanya. Walaupum dalam hati ingin menolong tapi aku takut dan tidak percaya. Maafkan aku hamba allah jika aku tidak menolong mu. 

Harap runsing ini seketika, aku penat dengan kisah dunia. Letih. Aku perlu berehat. Rehatkan badan, minda dan jiwa. Terlalu letih untuk semuanya. Aku perlukan masa yang lebih panjang untuk tubuh badan aku. 

Selamat malam. 

No comments: